Sep 18, 2009

Tragedi Ramadan 1430H… Bagaimanakah Keadaan Iman Umat Kita?



Hari ini 28 Ramadan 1430H. Ramadan hampir berlalu. Namun, matlamat Ramadan melahirkan umat Islam yang bertakwa seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 183  tidak kesampaian. Mungkin individu atau masyarakat bertakwa dapat diwujudkan tetapi untuk mencapai umat yang bertakwa, ia amat jauh sekali jika diperhatikan.

       Walaupun dahulu saya pernah membaca beberapa kali di dada akhbar berkenaan kes penangkapan individu atau kumpulan yang sengaja makan pada bulan Ramadan tahun-tahun yang lepas namun keadaan tersebut tidaklah seteruk pada bulan Ramadan kali ini. Tambahan lagi tahun ini, aktiviti maksiat seperti penzinaan mula tampak dalam bulan Ramadan kali ini.


       Bermula dengan cerita-cerita daripada ayah saya sendiri kemudian daripada kakak saya dan akhirnya pendedahan yang lebih jelas melalui ‘slide-slide’  seorang ustaz dalam satu program tazkirah Ramadan berkenaan kejadian ini, saya berasa terpanggil untuk memuatkan tragedi Ramadan 1430H ini buat muhasabah kita bersama. Apakah kita ambil kisah akan kejadian ini?

       Tidakkah akan muncul perasaan sedih dan kecewa andai orang yang disayangi boleh menjadi sebegitu rupa iaitu makan dengan sengaja pada bulan puasa? Itulah perasaan yang sepatutnya terbit andai anda melihat keadaan iman umat Islam pada hari ini. Pasti jika Rasulullah s.a.w berdiri bersama umatnya pada hari ini akan sedih melihat keadaan umat Islam pada hari ini. Apakah tidaknya, jika baginda seorang rasul Allah hampir setiap hari hanya memikirkan keadaan umatnya sehingga ke akhir hayat. Baginda masih mengucapakan, “Ummati,ummati,ummati” ketika ajalnya hampir tiba. Itulah tiga kalimah terakhir yang diucapkan olehnya sebelum ajalnya tiba. Betapa cinta dan kasihnya baginda terhadap  kita lalu  pernahkah kita bertanyakan pada diri sendiri, apakah sumbangan kita terhadap umat Islam pada hari ini?

       Ditambah dengan hiburan yang melampau, tidak cukup dengan ‘Malaysian Idol’ menyusul pula ‘Akademi Fantasia’. Inikah apa yang Rasulullah s.a.w harapkan? Anak-anak remaja berzina, pembunuhan berleluasa dan penyalahgunaan kuasa di mana-mana. Islam diinjak-injak, Al-quran dikoyak-koyak dan disepah-sepah. Tidak perlu bertanyakan di mana ia berlaku tapi tanyalah kenapa atau punca ia berlaku pada abad ini?.

       Sudah tentu puncanya umat Islam semakin lari jauh dari ajaran wahyu Allah s.w.t yang telah diturunkan di dalam Al-Quran serta meninggalkan jauh ke belakang sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. manakala yang  disanjung-sanjung sekarang itulah peradaban barat yang dikatakan moden dan terkini. Buktinya, cubalah perhitungkan jumlah pemuda yang memakai kopiah ketika di pasaraya-pasaraya. Sememangnya manusia tidak boleh dinilai dari pakaian atau rupanya tetapi  Sheikh Ibnu Athailah pernah menyatakan dalam bukunya, Mutiara Al-Hikam, bahawa ,


“Apa yang tersembunyi di dalam keghaiban berbagai rahsia (di dalam hati yang samar), pasti akan nampak pada anggota lahir”.
Ringkasnya, apa yang ada di dalam hati terlihat kesannya pada wajah.

       Selain itu, kelalaian umat terhadap tanggungjawab amar makruf nahi mungkar perlu diberi perhatian serius. Lupakah kita terhadap ayat al-quran, “inni kuntumm khairan ummatin…….” iaitu sebaik-baik umat adalah umat Islam kerana ia melakukan amar makruf nahi mungkaar . Di bawah ini turut saya paparkan sikap kebanyakan umat Islam pada hari ini terhadap gejala maksiat yang berlaku di tempat-tempat awam. Wajarkah kita yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w membiarkan umatnya bergelumang dalam maksiat.? Sama-samalah kita bermuhasabah…..





Sep 16, 2009

Bermaknakah Ramadan Buat Diri Kita?

Terimbas kembali perbualan yang hanya sebentar cuma dengan dua orang kenalan di memori saya pada suatu malam Ramadan yang lalu.Ketika mahu singgah sebentar di bilik rakan, saya terserempak dengan mereka.
2 orang kenalan: Ni, jom pi main badminton...
Saya pun membalas ajakan tersebut dengan mengatakan,"Eh, bulan Ramadan ni, orang beribadat la".
Mereka menjawab, "Ala, bersukan pun ibadat".

     Tanpa berhujah panjang, saya menjawab seringkas yang mungkin agar Allah s.w.t memberikan hidayah kepada mereka kerana sememangnya manusia bersikap lalai dan leka, "Ramadan kali ini belum tentu kita ketemui pada tahun hadapan"

     Saya pun bergegas berlalu kerana masih terdapat hal yang perl diuruskan. Berkenaan hal ini hati saya terkedu betapa sekali pandangan seseorang terhadap Ramadan boleh dianggap semudah itu. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi tertanya-tanya sendirian, kenapakah pandangan mereka terhadap Ramadan boleh menjadi sedemikian rupa?Hendak dikatakan mereka jahil mereka tahu akan kelebihan Ramadan.

    Setelah berfikir sejenak barulah saya menyedari bahawa inilah yang dikatakan kelalaian apabila kita meletakkan kehidupan di dunia ini adalah segala-galanya. Kita kerap melupakan akhirat dan benarlah apabila nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Kerana apa?

    Tidakkah kita terfikir sekali kita gagal dalam sesuatu di dunia ini kita boleh mencubanya semula. Tetapi akan samakah dengan kehidpan di akhirat.? Sekali kita gagal membawa bekalan yang secukupnya ke alam akhirat, hanya itulah peluang kita dan penyesalan buat selama-lamanya yang tiada berguna..

Sep 11, 2009

Bicara Hati : Ramadan

Ramadan,
Dulu aku membencimu,
Dulu aku gusar kedatanganmu,
Puas resah aku memikirkan,
Bilakah engkau akan pergi.

Rencah ragam pahit manis,
Engkau tetap setia,
Mentarbiah nurani diriku,
Akan definisi kefanaan duniawi.

Ramadan
Tegar aku kini,
Biar jenuh kudratku membatasi,
Kenyataannya terpamer pada lukisan hati,
Bahawa dikaulah bulan yg akan kurindui.

Melaluimu Ramadan,
Manisnya sukar diganti,
Biar jenuh berdiri kaki bermati ,
Biar kulit merekahi kering tanpa seri,
Aku tetap akan menanti buat sekian kali,
Ramadan untuk beribuan kali...

Sep 6, 2009

Harap bersabar.....Blog ini dalam pembinaan semula......
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..