Oct 17, 2009

Islam dan Hiburan?

Menyentuh berkenaan aspek hiburan, ia bukanlah sesuatu yang asing ketika seseorang menapak ke alam remaja. Jika ditanya kepada mereka, tentulah seribu satu hiburan dapat mereka senaraikan. Malah ada sesetengah individu mengakui ia sudah sebati dengan diri mereka.

Seperti kelaziman di negara-negara Barat kini ia menjadi 'trend' dalam kalangan remaja Malaysia. Apa tidaknya jika kini artis diangkat menjadi idola dan mereka dilebih-lebihkan. Bukankah yang akan memberi syafaat kepada kita suatu hari nanti di akhirat adalah orang-orang soleh dan alim ulama? Sebut saja ‘Datuk Siti Nurhaliza’ atau ‘Faisal Tahir’ pastilah tergiang-giang lagu-lagu dendangan mereka. Tetapi, sedarkah umat Islam akan kerugian terhadap diri kita apabila berlebihan dalam sesuatu kerana Allah s.w.t tidak suka berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.Firman Allah s.w.t dalam surah a’li imran ayat 87:

Terjemahannya:


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Seseungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”


Hal ini terbukti apabila hiburan diangkat menjadi agenda utama dalam kehidupan padahal masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan. Kesan ini sudah dapat dilihat apabila kebanyakan
kanak-kanak kini berkeinginan untuk menjadi artis apabila dewasa kelak.


Agama itu fitrah maka sudah semestinya ia tidak menyekat fitrah manusia untuk berhibur. Bagi mereka yang meminati lagu berirama ‘slow-rock’ lagu-lagu artis seperti ‘Avril Lavinge’ atau 'Simple Plan' sudah tentu tidak terkecuali  dalam senarai lagu kegemaran mereka. Namun, terdapat juga alternatif lain bagi remaja berjiwa ‘Islamik’ seperti lagu-lagu kumpulan Raihan, U.N.I.C, In-Team dan Saujana. Apa yang penting di sini, Islam tidaklah bersikap terlalu jumud menghadkan sesuatu kecuali untuk kebaikan umat manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t dalam  surah al-A’raf: ayat 33 :

Terjemahan:

“ Katakanlah,“Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”

Oleh itu, berhiburlah seadanya mengikut lunas-lunas syarak yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain tidaklah salah jika meminati lagu-lagu seperti artis Avril Lavinge seandainya lagu itu mempunyai maksud serta menggunakan kata-kata yang baik. Sebaliknya, dalam sesetengah lagu nasyid juga terdapat konsep mengagungkan cinta terhadap makhluk yang tidak sepatutnya diketengahkan keterlaluan.

Kata-kata  Sheikh Yusuf  Al-Qardhawi berkenaan pemilihan yang salah dalam hiburan, “Perkara ini adalah biasa kerana manusia seringkali melakukan kesilapan tetapi sebagai pendengar, merekalah yang berperanan terhadap diri mereka sendiri untuk memilih lagu-lagu yang benar-benar tidak menyalahi syarak”

Sungguhpun begitu, sedarkah umat Islam pada hari ini akan ancaman di sebalik hiburan?
Menyedari akan ancaman ini seharusnya para remaja Islam berwaspada dan berjaga-jaga akan propaganda jahat musuh-musuh Islam yang cemburu akan kehebatan agama Islam itu sendiri.

Cukup saja dengan menyingkap sejarah hitam negara Malaysia  apabila gempar pada satu ketika dulu dengan pengaruh budaya ‘Black Metal’. Keparahannya tidak dapat disangkal lagi apabila didapati anak gadis sekolah menengah pada masa itu mengalungi leher mereka dengan tanda salib di bawah tudung-tudung sekolah mereka.

Seiring dengan perkembangan semasa, musuh-musuh Islam pula semakin licik menjalankan propoganda mereka untuk menjatuhkan Islam.

Penghinaan terhadap Islam melalui filem-filem keluaran barat di bawah tahap kesedaran umat Islam sendiri menjadi alat senjata yang baru musuh-musuh Islam.

Tidak cukup dengan itu, rancangan-rancangan realiti telivisyen yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan amat menakutkan. Rancangan telivisyen ini yang jelas dan terang bercanggahan dengan Islam seperti aspek pergaulan.

Bak kata pepatah, ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’ begitulah ibaratnya dengan hiburan pada zaman ini, apabila  hendak berhibur hendaklah sentiasa berjaga-jaga. Contoh mudah yang dapat diambil; andai punat televisyen ditekan berapa banyakkah aurat manusia yang terdedah yang akan menyebabkan ummat Islam membuat ‘dosa mata’. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, setiap Muslim sememamngnya diharamkan melihat aurat orang lain.

Pendek kata,  Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi meletakkan syarat-syarat tertentu untuk berhibur kerana dunia ini hanyalah singgahan sementara. Sekali kita  tersilap dalam berhibur kembalilah kita kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya sebelum tibanya hari di mana penyesalan dan taubat tidak berguna iaitu, hari akhirat yang kekal selamanya.......




Tidak salah jika  minat menonton perlawanan bola sepak andai ibadat kita tidak terganggu...









Selidiklah filem apa yang akan ditonton. Adakah berfaedah atau mengandungi aksi lucah yang merugikan diri sendiri?








Jangan biarkan anak-anak asyik leka  dengan 'video games' kerana ini akan mengakibatkan masalah ketagihan...
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..