Dec 12, 2009

Suasana Hambar di UIAM?













Semester 2 2009/2010 di UIA  sudah mula menapak  seminggu lagaknya. Namun, kehairanan saya sebagai seorang pelajar tahun pertama di sini seakan tidak akan terjawab. Oleh itu, saya memutuskan untuk menyelidik sendiri apakah sebenarnya yang berlaku di UIA tempat pengajian bagi saya yang cukup terkenal pada ketika dahulu.

Tidakkah anda yang sama-sama baru menjadi pelajar UIA terasa hambar dengan suasana di sini? Saya tidak menafikan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan atau persatuan tertentu tetapi suasana yang saya rasakan di sini berbeza sekali berbanding dengan di Matrikulasi UIA. Seakan-akan adanya tangan-tangan ghaib yang menyekat saluran, suara ataupun gerakan Islam di UIA. Oleh sebab itu, apabila saya dan rakan-rakan yang berada di universiti lain berkongsi cerita ternyata saya merasakan sesuatu kelainan. Contohnya, di UKM. Gerakan mahasiswa Islamnya sangat aktif sehingga saya terasa cemburu dengan khabar yang dibawa oleh rakan tersebut.

Kepada mereka yang menyedari keadaan ini  cubalah anda melakukan sesuatu sebelum segala-galanya bertambah parah kerana seorang ulama pernah berkata seperti ini , "Jikalau anda ingin melihat keadaan umat pada masa kini lihatlah pada pemudanya, jika anda ingin melihat keadaan umat pada masa depan lihatlah pemudinya". Bertindaklah sekarang!!! Perjuangan tidak mengenal erti ketakutan, tanpa perjuangan di manakah akan berlaku revolusi perubahan...Selamat Berjuang....
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..