Nov 29, 2010

Majlis Perkahwinan di Yaman

Sehari dua ini banyak jemputan majlis perkahwinan di sana sini yang saya hadiri bersama keluarga. Maklumlah cuti sekolah telah bermula. Semasa perjalanan, saya terfikir untuk berkongsi bersama pembaca blog tentang satu artikel yang telah saya baca di dalam Sinar Harian Khamis lalu yang bertajuk ‘Kaedah Perkahwinan Baru di Yaman’. Mungkin kaedah ini dapat digunakan di Malaysia lebih-lebih lagi apabila gejala zina semakin meruncing. Bagi penggerak kempen ‘Kami Prihatin’, tak salah jika mereka menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu acara utama dalam mengurangkan masalah zina dalam kalangan masyarakat kita pada waktu ini.











Nov 15, 2010

Sekitar Uia: Apabila Sesuatu Kehidupan Itu Diukur (Siri 2)

Maka bagaimanakah pula anda mengukur kehidupan?

Bagi seseorang pelajar, seringkali kejayaan akademik menjadi ukuran yang paling utama maka ‘study’ diletakkan pada keutamaan yang paling atas dalam senarai prioriti. Sudah tentu saya tidak menafikan tujuan utama sebagai seorang pelajar adalah untuk belajar tetapi harus diteliti setiap individu sebenarnya mempunyai peranan masing-masing. Seorang individu perlu mengukur sejauh mana peranan itu dimainkannya kerana setiap anugerah yang diberikan oleh Tuhan adalah merupakan amanah dan tiada amanah melainkan ia akan disoal di akhirat kelak.


Saya amat suka memerhati dan meneliti pelbagai ragam insan di sekeliling saya dan mungkin disebabkan sikap inilah yang menyebabkan saya kurang ramah dengan orang-orang baru atau tidak dikenali. Itulah kecenderungan saya ketika dalam kalangan orang ramai.


Saya berpendapat sikap memerhati dan meneliti ragam insan di sekeliling amat berguna kerana di situlah kita dapat memahami sedikit sebanyak ragam manusia yang pelbagai; walaupun rupa boleh menipu tetapi seseorang tidak boleh menipu dalam setiap perwatakan yang ditunjukkan.

Nov 12, 2010

Sekitar Uia: Apabila Sesuatu Kehidupan Itu Diukur (Siri 1)

Blog yang semakin usang ditinggalkan tidak bermakna tiada titisan fenomena untuk digarapkan buat pembaca blog. Maaf  sekiranya ia menghampakan pelawat-pelawat yang berkunjung kerana terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang semester pengajian ini sehingga dirasakan kudrat yang ada tidak cukup untuk memikul sedangkan Tuhan tidak menguji seseorang melainkan dengan kekuatan  kudrat yang ada.

Minggu peperiksaan di UIA bakal berakhir beberapa hari lagi. Sudah mula terasa sunyi sekitar 
bangunan-bangunan fakuliti. Mahasiswa yang baru sahaja usai peperiksaan mula berkemas-kemas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Langit UIA seakan-akan mengerti. Warnanya keorenan menampakkan gumpalan awan-awan putih, menghantar satu lagi semester pengajian ke halaman sejarah, megukir satu simfoni kehidupan bahawa hidup ini adalah satu perjalanan.


Oct 4, 2010

Masa Itu; Sedarkah Kita?

Sedar tak sedar masa sangat pantas berlalu. Makan,minum, bekerja, belajar, bermain kemudian tidur; mungkin dalam keadaan lenggang atau dalam kekalutan yang menghambat, mungkin dalam keadaan sedih atau gembira yang menerjah.Dan mungkin pada satu ketika nanti kita akan tersedar berada dalam alam yang berbeza, alam yang sangat menggerikan bagi mereka yang belum sedar-sedarkan diri.

Sedang asyik membelek buku-buku di rak, tergerak diri menyelak kembali sebuah buku yang pernah saya beli pada 31 Ogos 2010 yang lalu bersamaan 21 Ramadhan. Buku yang belum saya habis baca. Sayang, masa begitu mencemburui saya. Sayang, sirah yang sama pada mana-mana buku, tapi gaya garapan yang berbeza oleh setiap ulama tidak habis dinikmati. Kelekaan selalu menerobos diri. Pintu-pintu ujian sering terbuka luas. Syaitan pula akan tersenyum sendiri, "Pintunya sudah luas hanya sedikit usaha kita nanti".

Sep 6, 2010

Ramadhan 1431H: Renungan Untuk Tindakan Kepada Pencinta Agama

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskini blog. Entri terakhir hanyalah pada 29 Julai yang lalu. Sedar tak sedar sekarang sudah menapak bulan September. Maklumlah, baru saja selesai terkejut menerima amanah baru. Masa yang dihabiskan untuk menyesuaikan diri. Ramadhan pula semakin mula melabuhkan tirai penutupnya.

Kadang-kadang kita merasakan titik-titik kehidupan seakan-akan tidak akan berakhir namun kita harus pasrah bahawa andai satu hari nanti kita juga bakal berlalu. Meninggalkan yang ada, menjadikan kita tiada.

Jul 29, 2010

Sudah Daftar Sebagai Pemilih?

Anda sudah berumur 21 tahun? Beberapa bulan kebelakangan ini telah heboh ura-ura yang mengatakan pilihan raya umum bakal diadakan dalam waktu yang terdekat. Barangkali ia tahun hadapan namun semuanya terpulang kepada siapa yang memegang kuasa kerajaan sekarang membolehkan dia membubarkan Parlimen. Secara tradisinya, pilihan raya umum dijalankan 5 tahun sekali. Setelah parlimen dibubarkan piliha raya akan dijalankan dalam tempoh 60 hari. Manakala proses pendaftaran pengundi baru mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Setiap 3 bulan sekali juga nama-nama pengundi dipaparkan untuk bantahan. Bantahan mestilah terhadap individu yang telah kehilangan hak mengundi seperti mempunyai lebih daripada satu kewarnegaraan.



Jul 16, 2010

Bicara Hati : Amanah dan Tanggungjawab Bertambah Seiring Pertambahan Usia...

Kadangkala kita mungkin akan termenung seketika melihat telatah kanak-kanak. Tanpa disedari tika itu kita mungkin tersenyum sendirian. Mungkin ada orang mengatakan kita kurang sihat walhal sebenarnya kita tenggelam dalam dunia tersendiri; dunia imiginasi.

Jul 7, 2010

Fitnah Yang Merugikan Umat Islam

Dengan kudrat yang diberikan oleh Allah s.w.t, semalam saya sempat menghadiri kuliah fiqh sunnah oleh ustaz Halim Hassan. Kuliah yang disampaikannya cukup berisi dan ini yang menyebabkan setiap kali kuliahnya diadakan,saya berasa terpanggil untuk menghadirkan diri.

Jul 5, 2010

Cabaran Umat Islam. Mengapa Perlu Sentiasa Berhati-hati?

Semua orang Islam tahu jika ditanya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Tetapi, kadang-kadang kita berasa hairan ada orang Islam yang perbuatannya tidak searah dengan hakikat keimanan yang dipegangmya. Menurut Rasulullah s.a.w hakikat keimananlah yang menentukan ke arah mana perbuatan seseorang Muslim itu. Pencuri tidak akan mencuri ketika dia dalam iman. Pembunuh tidak akan membunuh ketika dia berada dalam iman.


Jun 24, 2010

Novel Mana Pula Yang Akan Menjadi Koleksi?


Sedar-sedar, lakaran cetusan-cetusan yang ingin saya kongsikan bersama telah tertinggal di  asrama  nun di UIA, Gombak. Lalu, bagi mengisi kekosongan sementara saya  melakar semula, saya  menyelitkan  'post' ini. Terkadang jiwa kita memerlukan bahan bacaan santai,; Ketika saya  membelek rak-rak buku di rumah, saya merasakan sudah lama tidak menjengah ke alam novel. Menghadap buku-buku ilmiah memang satu perkara berfaedah tetapi amat payah untuk dihadamkan kesemuanya. Untuk menonton telivisyen, tahu-tahulah rancangan-rancangan yang ditayangkan pada masa kini sudah kurang faedahnya. Ditambah lambakan drama-drama Indonesia, Mexico dan Venuzela, saya tidak memahami apakah peranan yang dimainkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malayisa?

Jun 21, 2010

Semester Berlalu, Muhasabah Itu Perlu!


Pagi Isnin mula menguak. 21 Jun 2010 mula membuka tirai. Alhamdulillah, pagi ini masih ada kesempatan untuk saya menghirup udara segar. Lintasan sejenak ayat suci al-Quran, inni jai'lun fil ardikhalifah....' mengingatkan saya kepada sahabat-sahabat dan kenalan.
Disebabkan apa?

Jun 11, 2010

Wajah Baru Blog dan Minggu-minggu di Hujung Semester

      Alhamdulillah, setelah beberapa hari saya tekun mengedit blog, akhirnya kepuasan tercapai dengan keadaan blog yang sederhana sepertimana yang dapat anda lihat. Walaupun agak sibuk sejak beberapa minggu pada akhir-akhir semester pendek ini dengan kuiz dan tugasan, dapatlah juga mencuri masa yang ada untuk mengedit blog yang agak suram sebelum ini.




May 24, 2010

May 16, 2010

Sempena Hari Belia Kebangsaan 15 Mei 2010: Belia Kita di Tahap Mana?

Pada 15 Mei 2010,Sabtu, telah berlangsung satu sambutan 'Hari Belia Kebangsaan'  di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pelbagai ragam dan gaya belia negara yang dapat diperhatikan bagi mereka yang berkesempatan untuk berada di sana. Kira-kira pada pukul 11.50 pagi, wakil-wakil daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah tiba dengan selamat di tapak sambutan. Oleh disebabkan masih terlalu awal, ahli-ahli PEMBINA terpaksa menunggu sehingga jam pukul 2 petang.


Apr 19, 2010

Perhimpunan Palestin atau Seumpamanya...Sejauh Mana Keberkesannya?


17 April 2010 yang lalu telah berlangsung satu program perhimpunan Gaza bertempat di Dewan Millennium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi yang tidak berkesempatan ke sana mungkin tertanya apakah agenda yang sama dibentangkan dan dimaklumkan serta apakah berita terkini tentang keadaan Palestin.

Kebangkitan Pemuda Pemudi Islam; Kekurangan Yang Perlu Diperbaiki?














Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, terdapat 5 kelemahan kebangkitan pemuda pemudi Islam masa kini iaitu:

Jan 19, 2010

Summary of Syed Muhammad al-Naquib al-Attas's Article (TRUE AND FALSE KNOWLEDGE )

Seringkali apabila terjadi krisis, kerosakan, penyalahgunaan kuasa atau sesuatu yang buruk dalam masyarakat mahupun negara, manusia sering melemparkan tuduhan bahawa semuanya berpunca daripada orang atasan itu sendiri.

Manusia acapkali menuding jari kepada orang lain sehinggakan mereka lupa akan tanggungjawab tertentu mereka; sekiranya mereka mengabaikannya, sebenarnya mereka itulah merupakan punca sesuatu masalah itu.

Saya tertarik sekali untuk berkongsi dengan pembaca blog berkenaan pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas tentang punca masalah agama dan masalah-masalah lain berlaku dalam dunia hari ini. Beliau lebih suka menumpukan punca masalah kepada individu yang membentuk sesuatu komuniti itu sendiri.

Dalam erti kata lain, masyarakat terbina hasil gabungan individu, negara juga lahir daripada perpaduan individu setempat maka ketika timbulnya masalah mengapakah manusia tidak 'menuding pada diri sendiri', bertanya diri,

" Benarkah aku bukan punca masalah itu?"

Seharusnya dalam konteks negara yang bermasalah, rakyatlah sebenarnya merupakan punca masalah tersebut. Ketika pemimpin sesuka hati melaksanakan sistem pentadbirannya, di manakah rakyat menegur kesilapan pemerintah.

Dan rakyat jugalah yang memilih pemimpin yang bermasalah. Pendek kata, tunjang pada setiap masalah ini ialah individu, bukannya 'INDIVIDU + 0' tetapi 'INDIVIDU + ILMU'. Berikut merupakan ringkasan; ilmu pada pandangan Syed Muhammad al-Naquib al-Attas:


In the beginning, the author introduces about condition of knowledge that is not neutral but every culture has its own concept in knowledge. This the main way for Western power to colonize Muslim’s mind because knowledge is a very important thing in Islam.

The false concept of knowledge influenced Muslim when their countries have been captured by Western power. Since those countries did not have enough scholars, the Western power tried to help them but in reality, they imprinted the Western’s concept in Muslim’s minds. One of the examples is currency system. The false concept cause Muslim being confused about Islamic concept in their life such as in Islamic economic system. The confused scholar then tend to voice out their stand about Islamic concepts but they actually called the Modernist who make a decision based on their thinking and not based on Qur’an and Sunnah. They interpret Islamic method like ‘taqlid’ and ‘ijtihad’ by their own worldview. As an effect, false problems are increasing and people does not discuss the real Muslim’s problem but the simple matters that have been discussed by past ‘ulama’.

When the false knowledge spread out, arise from it is the modern jahiliya, a group that aggressively defend their stand about Islam but actually their believe the wrong things and try to defend it. In other word, they are being confused. One of the confusion is the propagation of false concept in define some words. The Western people believe the meaning of word or concept change through the ages. So, the influence of the belief poison Muslim’s mind because the fundamental of Islamic concepts is not permissible to change.

One of the importances defining knowledge is because it is related to justice. It’s meaning is not enough with the Western’s philosophers who defined justice as ‘jasmania nature’ but it has more deep meaning as contract between human soul and the God, Allah.

Syed Muhammad al- Naquib al-attas continue define the justice by its opposite meaning that is ‘zulm’. As stated in Qur’an, people can make injustice to themselves. This shows the wider meaning of injustice in Islam when a person not fulfilled the contract with Allah automatically he will do injustice to either himself or to other people.

The other false concept of knowledge in Western worldview is the concept; things always change, and they stated that there are must be changed in value. They not accept the absolute value in their life. Oppositely to Muslim, they are being loyal to the absolute God, Allah, who does not change so the values also will remain same. The constant change shows that Western society are in tension spirit that has broken the contract with God. They try to run from reality and assume the event in human life as a ‘tragedy’.

In conclusion, Syed Muhammad al-Naquib al-Attas stated that we must doing some research on Islamic concepts of knowledge. But, first of all, he remind that the educational system must be restricted. It is because Islam does not open all types of knowledge to everyone. A person must acquires some basic requirement first, such as fard-ain aspect; he must master on it. If the requirement are not being fulfilled, it may cause injustice because the knowledge is related to authority.

Jan 18, 2010

Bicara Hati :Kekecewaan Demi Kekecewaan

Hari demi hari
Minggu demi minggu
Bulan turut beransur
Tunduk kepada aturan Iahi

Kegembiraan berselang kekecewaan
Kedukaan berganti keriangan
Simfoni kehidupan

Kadang-kadang dia kaku membisu
Duduk membatu, hati retak seribu
Tidak memahami ,turut tidak tak mengerti
Tapi seakan mahu diresapi

Akan dia terus berlari
Calar-calar akibat duri tidak dipeduli
Sampai seakan hampir mati
Akan terus dia megah berdiri

Moga Tuhan akan menyahuti
Persoalan yang hampir tidak putus-putus menghinggapi
Tapi,satu dia pohoni
Agar dia tidak jatuh padahal mengerti
Persoalan Itu….

Kekecewaan demi kekecewaan berganti dan terus meghujani...

Jan 9, 2010

Coretan Pertama 2010

Alhamdulillah, walaupun hari sudah masuk 9 Januari atau 23 Muharram, saya masih berkesempatan untuk duduk menghadap komputer untuk mencoret 'post' pertama saya untuk tahun ini. Bagi yang masih terasa bahang 'Tahun Baru', 'Selamat Tahun Baru' diucapkan, semoga tahun ini kita dapat berhijrah ke posisi yang lebih baik di sisi yang Maha Esa.

Tanpa disedari, banyak perkara yang berlaku sebenarnya  pada tahun lepas di negara kita, dari segi perubahan politiknya, kesedaran masyarakatnya, cuacanya dan sebagainya. Pergolakan-pergolakan atau desas-desus ini sebenarnya mengisyaratkan kita bahawa adanya corakan perubahan yang sedang dilakukan sama ada oleh manusia atau Dia Tuhan Pencipta. Cumanya kita tidak akan mengetahui dengan pasti apakah perubahan itu bersifat positif ataupun negatif.

Oleh sebab itu, tersebarlah di merata dunia pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan aspek pengkajiaan sejarah agar manusia tidak 'terjatuh dalam lopak yang sama setiap kali ingin berlari'. Begitulah juga  Allah s.w.t mengkhabarkan kepada kita di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum terdahulu supaya menjadi pengajaran.

Kadangkala kita berasa hairan kerana ada manusia yang tahu di mana 'lopak' itu berada ketika berlari tetapi tetap terjatuh juga di situ. Inilah yang dinamakan penyalahgunaan ilmu kerana ada keinginan(nafsu) yang salah lain yang turut bersembunyi dalam diri. Apabila ini berlaku maka manusia tersebut akan cenderung kepada tuntutan fizikal asalnya iaitu dijadikan daripada tanah. Di dalam Al-Quran pula, Allah s.w.t mengibaratkan manusia tersebut lebih teruk daripada binatang. Asal daripada keadaan ini jugalah terdapat intelek mendefinisikan manusia sebagai 'rational animal'.

Hari demi hari yang telah berlalu seharusnya menjadi lakaran sejarah kita agar kita dapat bermuhasabah kembali sebelum tibanya suatu kejadian yang menurut Imam Al- Ghazali paling dekat dengan kita iaitu 'kematian'.

Kesimpulannya, harapan, azam dan perancangan yang rapi perlu kita sediakan setiap hari, minggu, bulan dan tahun agar kita berjaya di dunia dan akhirat...

Bumi dapat dilihat kecil dari jarak jauh...

Tetapi sedarkah kita bermacam-macam kejadian yang berlaku di bumi
adalah di bawah pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t?









 Banjir salah satu kejadian oleh Allah s.w.t yang mempunyai banyak hikmah..







Kebakaran adalah salah satu ujian...



Kadang-kadang kita hairan mengapa manusia lupa pada sejarah. Zaman 'Renaissance' sebagai contohnya telah membuktikan ilmu harus diselaraskan dengan bangsa tersebut untuk maju ke hadapan...
Lainlah ilmu wahyu Allah, kerana Allah telah memilih bahasa Arab sebagai prasyarat untuk betul-betul memahami kalam-Nya..Kenapa kita perlu berhimpun, tidakkah pemimpin tahu sejarah?






Perjuangan agama tetap diteruskan biarpun pelbagai halangan perlu ditempuh kerana Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat pejuang agama-Nya..Begitulah imam-imam terdahulu seperti Imam As-Syafie pernah dipenjara oleh pemerintah.
(Gambar Dr. Asri ditahan hanya kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah, tidak bolehkah ia diselesaikan dengan cara yang baik tanpa memalukan agama Islam sendiri)
 


 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..