Nov 29, 2010

Majlis Perkahwinan di Yaman

Sehari dua ini banyak jemputan majlis perkahwinan di sana sini yang saya hadiri bersama keluarga. Maklumlah cuti sekolah telah bermula. Semasa perjalanan, saya terfikir untuk berkongsi bersama pembaca blog tentang satu artikel yang telah saya baca di dalam Sinar Harian Khamis lalu yang bertajuk ‘Kaedah Perkahwinan Baru di Yaman’. Mungkin kaedah ini dapat digunakan di Malaysia lebih-lebih lagi apabila gejala zina semakin meruncing. Bagi penggerak kempen ‘Kami Prihatin’, tak salah jika mereka menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu acara utama dalam mengurangkan masalah zina dalam kalangan masyarakat kita pada waktu ini.











Nov 15, 2010

Sekitar Uia: Apabila Sesuatu Kehidupan Itu Diukur (Siri 2)

Maka bagaimanakah pula anda mengukur kehidupan?

Bagi seseorang pelajar, seringkali kejayaan akademik menjadi ukuran yang paling utama maka ‘study’ diletakkan pada keutamaan yang paling atas dalam senarai prioriti. Sudah tentu saya tidak menafikan tujuan utama sebagai seorang pelajar adalah untuk belajar tetapi harus diteliti setiap individu sebenarnya mempunyai peranan masing-masing. Seorang individu perlu mengukur sejauh mana peranan itu dimainkannya kerana setiap anugerah yang diberikan oleh Tuhan adalah merupakan amanah dan tiada amanah melainkan ia akan disoal di akhirat kelak.


Saya amat suka memerhati dan meneliti pelbagai ragam insan di sekeliling saya dan mungkin disebabkan sikap inilah yang menyebabkan saya kurang ramah dengan orang-orang baru atau tidak dikenali. Itulah kecenderungan saya ketika dalam kalangan orang ramai.


Saya berpendapat sikap memerhati dan meneliti ragam insan di sekeliling amat berguna kerana di situlah kita dapat memahami sedikit sebanyak ragam manusia yang pelbagai; walaupun rupa boleh menipu tetapi seseorang tidak boleh menipu dalam setiap perwatakan yang ditunjukkan.

Nov 12, 2010

Sekitar Uia: Apabila Sesuatu Kehidupan Itu Diukur (Siri 1)

Blog yang semakin usang ditinggalkan tidak bermakna tiada titisan fenomena untuk digarapkan buat pembaca blog. Maaf  sekiranya ia menghampakan pelawat-pelawat yang berkunjung kerana terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang semester pengajian ini sehingga dirasakan kudrat yang ada tidak cukup untuk memikul sedangkan Tuhan tidak menguji seseorang melainkan dengan kekuatan  kudrat yang ada.

Minggu peperiksaan di UIA bakal berakhir beberapa hari lagi. Sudah mula terasa sunyi sekitar 
bangunan-bangunan fakuliti. Mahasiswa yang baru sahaja usai peperiksaan mula berkemas-kemas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Langit UIA seakan-akan mengerti. Warnanya keorenan menampakkan gumpalan awan-awan putih, menghantar satu lagi semester pengajian ke halaman sejarah, megukir satu simfoni kehidupan bahawa hidup ini adalah satu perjalanan.


 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..