Dec 6, 2011

Itukah Anakku?

Pagi itu pagi Jumaat. Syahid teringat akan perancangannya untuk bertemu dengan seorang sahabat, Azzam, yang agak lama tidak bersua muka. Pada awalnya, dia merancang untuk pergi pada hari Khamis tetapi keutamaan meluangkan masa bersama ibu bapa tetap menjadi prioriti. Maklumlah, cuti semester hanya tinggal lagi seminggu. Syahid berasa bersemangat untuk masuk ke semester baru walaupun semester itu hanyalah semester pendek.

Keheningan pagi masih terasa. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kelihatan burung-burung berterbangan mencari rezeki. Terlintas di fikiran Syahid akan ayat Tuhan yang berbunyi,
“Dan tidak ada suatu binatang pun melata di bumi ini melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya...”

Pertemuan dengan Azzam dijanjikan pada seawal jam 8 pagi. Dia seharusnya bersiap-siap dengan kadar yang segera. Namun, sesuatu tidak dijangka. Abangnya yang baru pulang semalam dari KL perlu menggunakan motorsikal kerana hendak bertemu dengan doktor tesisnya di UTM.

Perancangan Syahid sedikit terganggu. Begitulah Tuhan menentukan segalanya. Walaupun begitu, ayah Syahid, Zamri, berasa bersalah kerana tidak memberitahu anaknya lebih awal.

Zamri memutuskan untuk menghantar anaknya ke rumah Azzam.

“Assalamualaikum! Kaifahaluka?”Syahid bertanya khabar.

“Waalaikumussalam. Sihat. Anta pula bagaimana?”

“Macam ni lah, Alhamdulillah”

“ Awal pagi ni. Emak ana tak masak apa-apa lagi nih. Marilah kita pi restoran mamak, sarapan dulu”

Seperti biasa Syahid dan Azzam akan mula bersembang tentang hal-hal pelajaran dan beralih kepada hal-hal semasa. Usai sahaja bersarapan, mereka bergerak kembali ke rumah Azzam.

Sememangnya agak lama Syahid tidak bertandang ke rumah Azzam. Dia melihat banyak perubahan. Alhamdulillah, begitu banyak nikmat Tuhan, moga-moga Allah menjadikan keluarga ini hamba-Nya yang bersyukur.

Syahid dan Azzam menyambung perbualan mereka di rumah.

“Ana sekarang nih ‘study week’. Maklumlah rumah pun dekat. ‘Study' kat rumah lah jawabnya”

“Hmm..aha....kalau ana kat rumah memang dah tak berapa boleh study”

“ Baguslah begitu. Lagi pun U  pun kat KL. Kalau cuti tu kena ‘study’ awal lah sebelum balik”

“Eh, abang Azmi tak pergi sekolah ka?” kedengaran adik Azzam, Humaira, bertanya.

Syahid tidak mengesyaki sesuatu yang pelik. Mungkin adik Azzam, Azmi, bercuti. Setahunya, Azmi belajar di sekolah pondok agama di Baling. Syahid teringat kisah silam Azmi ketika di sekolah yang sama. Bagaimana ibu bapa Azmi membuat keputusan menghantar anaknya ke sekolah pondok setelah Azmi mempunyai masalah disiplin. Rokok merupakan salah satu kebiasaannya.

Beberapa minit selepas itu, emak Azzam memberi salam. Oh, patutlah rumah sunyi-sepi. Emak Azzam tiada di rumah ketika ini.

“Oh, Syahid mai rumah ”

“Waalaikummussalam, mak cik sihat ka?”

“Mak cik sihat” jawab emak Azzam.

“Azzam jamu apa kat tetamu kita nih? ”

“Mak, kami dah sarapan kat restoran mamak kat depan tu”

Azzam dan Syahid berbual lagi. Dari satu topik berpindah ke satu topik.Tiba-tiba, kedengaran suara lantang emak Azzam, Ruslina, memarahi seseorang.

“Nanti ayah hang balik, siaplah hang Azmi. Mak dah bagi ‘warning’. Jangan dok kawan dengan budak-budak yang tak senonoh tu. Mak letih dah dengan hang. Jangan kata mak tak bagi peluang. Ni, pakai celak kat keliling mata tu ikut sapa?Hang bagi celak tu cepat. Nabi pun tak ajar pakai celak macam ni.”

“Bukan salah dia mak”

“Hang jangan dok ajar mak, Azmi. Mak taulah. Awat abang dan adik hang, Azzam dan Humaira tak jadi macam ni pun.Sekarang ni, hang jangan dok pakai handset dah. Mak ambil handset ni. ”

Syahid terkedu seketika. Dia merasakan kedatangannya ke rumah Azzam bukan pada waktu yang tepat.

“Anta faham-fahamlah. Adik ana ni bermasalah sikit. Ana ke dalam kejap, ambil buku sekejap”

“Syahid, mak cik nak tanya sikit ni. Nak buat macam mana dengan anak mak cik seorang nih. Mak cik dah buat macam-macam. Mak cik dah hantar dia pi sekolah pondok, lepas tu result elok. Bagi dia masuk Maktab Mahmud, Alor Star. Dok tak lama dia buat pasal. Cari gaduh dengan senior. Ada asrama dia nak dok rumah sewa. Sekarang pi sekolah dekat dengan rumah nak ponteng. Tak mau pi sekolah,dok rumah, macam Humaira ni sebab ada hari sukan hari ini tak apa la. Syahid,mak cik nak buat macam mana lagi ni?”

Syahid terkelu seketika. Emak Azzam tiba-tiba keluar dari bilik yang berdekatan dengan ruang tamu sambil melontarkan satu soalan. “Sudahlah aku belum berkeluarga, pengalaman pun masih secubit. Kalau kawan bolehlah aku menjawab dengan selesa. Inikan orang yang makan asam garam lebih daripadaku”, bisik hati kecil Syahid.

"Mak cik, saya pun tak faham la sangat dengan anak-anak muda zaman sekarang ni. Walaupun saya pun masih muda, namun perubahan dunia globalisasi yang pesat telah memungkinkan segala-galanya berubah. Anak-anak muda yang lahir selepas saya kelihatannya terjerumus dalam momentum tujahan sosial yang amat besar. Lihat saja berita pembuangan bayi di dada akhbar, saya pun terkilan. Apa yang saya rasa mak cik patut buat ialah banyakanlah berdoa.Mungkin mak cik dah banyak berusaha tapi doa seorang ibu amat penting untuk anaknya"

"Mak cik sentiasa doakan dia Syahid. Setiap selepas solat mak cik sentiasa doakan untuk dia. Tapi, itulah dia asyik macam tu la jugak"

"Mak cik, kalau mak cik dah berusaha dan berdoa maka apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai hamba Allah, hanya bersabar la mak cik. Mungkin Tuhan nak menguji mak cik & memberi ganjaran yang amat besar di akhirat sana"

"Hmm..Itu ayah Azzam dah balik agaknya"

Deruman enjin kereta perlahan-lahan kedengaran menghampiri rumah. Ayah Azzam agaknya.

"Assalamualaikum.Oh, Syahid mai rumah rupanya. Apa khabar nak?"Sambil bersalaman dengan Syahid.

" Alhamdulillah pak cik, sihat"

" Sekarang ni cuti semester ka?Awal betul daripada universiti Azzam"

" Ya, pak cik. Universiti saya ni agak cepat sikit sesi pegajiaannya"
"oh begitu, baiklah, pak cik masuk dulu"

"Abang, tengokanlah dulu anak kita, Azim ni. Ke sekolah ke ke mananya?"

"Itulah.Abah dah nampak seorang budak sekolah macam Azim pakaiannya. Tapi abah pun rasa anak abah ke sekolah, taklah berperangai ponteng sekolah macam ni. Rupa-rupanya memang betullah Azim.Azim! Malam ni hang jangan nak pergi mana-mana!Jumpa abah lepas isyak"

Syahid pulang ke rumah selang beberapa minit kemudian sambil memikirkan sesuatu.Pengajaran yang amat berguna untuk diingati.

Ya Allah. Kiranya jika aku bersikap kurang ajar terhadap kedua ibu bapaku kini, sudah tentu Tuhan akan membalasnya ketika aku berkeluarga nanti.

Oct 21, 2011

SerumpunN 2011

Pagi Jumaat datang lagi. Kali ini tidak seperti minggu yang lepas, program wajib anjuran S-DEV menghambat seawal 7.30 pagi menanti teman-teman seangkatan; Mahallah amanah kami. Entri yang lepas perlu dihabiskan penulisannnya kerana semangat dan keazaman daripada SERUMPUN 8 Oktober 2011 masih ada tersisa di nubari;
'1 Buku Sebelum Mati '. Insya Allah. Diharapkan penulisan di blog mampu mengasah bakat untuk menghasilkan bukan hanya sekadar sebuah buku.

" Salam.Program mula pukul berapa? "
" Em..Agaknya pukul 2 petang. Nanti pergi sekali,ya "
 "O.K"

Mesej berbalas mesej. Kalau tidak tersilap pandang ,tentatif menunjukkan program akan bermula pada pukul 2 petang. Jam sudah hampir menunjukkan jam 1 petang. Makan tengahari seadanya. Teruskan langkah. Bertemu Tuhan secukupnya. Tidak cukup. Witir sedikit-sebanyak. Alangkah dustanya; Jika tika bibir basah memuji lantaran hati tidak sejiwa.



Oct 7, 2011

Mencontohi, Menuruti atau Terpaksa?


Sudah lama kiranya saya tidak berjalan kaki ke kuliyyah engineering, UIAM. Berjalan kaki sememangnya merupakan salah satu senaman yang baik berkadaran dengan jarak perjalanan yang diambil. Sekali-sekala tergerak hati saya untuk berjalan kali menyelusuri simpang-siur bangunan kuliyyah walaupun memiliki sebuah motorsikal.

Awal pagi. Cuaca agak sejuk. Tengahari;Cuaca mula mendung. Adakalanya titisan air hujan menyinggahi pakaian. Basah. Hmm... Di situ terletak makna sebuah kehidupan.

Jun 6, 2011

Anda, Negara & Masa Depan

Menyelak akhbar Sinar Harian setiap pagi pasti tidak ketinggalan bagi saya yang bercuti semester agak panjang pada tahun ini. Agaknya inilah kesempatan untuk bercuti agak panjang memandangkan seluruh IPTA akan diseragamkan; Memulakan semester biasa pengajian pada bulan September pada tahun ini bagi pengajian peringkat ijazah & ke atas. Seperti biasa, sarapan bersama surat khabar menjadi hobi saya di pagi hari. Kalau pun surat khabar belum dibeli, kertas surat khabar bungkusan nasi lemak pun boleh menjadi teman ketika enak menjamah sarapan pagi.

Sedap mengunyah sambil menghadap helaian akhbar, terlintas di hati, "Sudah lama kiranya tidak mengemaskini blog". Enam hari saja lagi genaplah sebulan blog tidak dikemaskini dengan entri terbaru. Bermakna dekat sebulanlah saya  bercuti sambil bekerja sambilan.

Hari-hari yang dilalui amat menarik sekali jika anda tenggelam dalam lautan ilmu namun ketukan azan ke gegendang telinga mengingatkan akan kewajipan terhadap Pencipta. Terkadang terasa saja tidak mahu mengemaskini blog. Akan tetapi mutiara yang dikutip perlu dikongsi bersama supaya kita menjadi insan yang tahu bersyukur.

Di dada-dada akhbar kini hangat membicarakan isu harga barang, petrol, negara berkebajikan & yang paling menjadi perhatian lucu saya ialah isu himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada Julai ini. Apa tidaknya, KJ dengan pendiriannya, presiden Perkasa juga turut serta & pengerusi  Himpunan Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga kekal dengan demonstrasi amannya. Pemuda UMNO berpendirian lain, pentadbiran atasan UMNO pula berlainan.

Saling bercanggahan antara satu sama lain manakala penyelesainnya tidak ada. Kalaulah ada musuh di luar negara sudah tentu waktu ini juga diserang. Belum senyap isu, lihatlah pula serangan pegodam 'Anonymus'.
Jika diteliti tuntutan Bersih 2.0 ada logiknya. Bagaimana kiranya wakil SPRM duduk semeja dengan pengerusi Bersih 2.0 beserta wakil UMNO membahas hujah masing-masing. Di situ terlihat kematangan politik tanah air.

Muktamar Pas baru-baru ini yang mengumumkan slogan negara berkebajikan pula seharusnya disambut dengan nada yang positif.

May 27, 2011

Ke Mana Peranan Media Massa Pada Abad Ini?


Dunia tanpa sempadan. Itulah penjelasan ringkas berkenaan abad ini yang acapkali dikaitkan dengan istilah globalisasi. Namun begitu, amanah atau tanggungjawab tetap tergalas di atas bahu masing-masing biarpun sempadan dunia berjaya dirobohkan.

Manusia merupakan hamba Tuhan Yang Maha Hebat, Allah azzawajlla akan berdepan dengan-Nya di akhirat kelak bersama bentangan catatan amalan masing-masing;Menteri, doktor, guru atau penjual burger jalanan sekalipun tidak terkecuali.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Tidak bergerak dua kaki seorang hamba (waktu bangkit di hari kiamat) hingga ditanya lima perkara:
1. Mengenai umurnya, ia habiskan untuk apa.
2. Mengenai ilmunya, bagaimana ia amalkan .
3. Mengenai harta, dari mana ia dapat
4. Untuk apa harta itu dibelanjakan
5. Mengenai jasad (masa mudanya), kemana ia gunakan.” (HR. At-Termizi)

May 10, 2011

Kenapa Anda Berblog?


Blog ini sepatutnya tidak sepi tanpa coretan cetusan hati. Akan tetapi, pergolakan dan perubahan yang bakal berlaku tidak dapat disangka.

Berkongsi ilmu pengetahuan bersama-sama pembaca blog adalah objektif utama mengapa blog ini diasaskan.
Bermula daripada tanpa sebarang ilmu berkenaan blog, penerjahan dilakukan ke mana-mana laman sesawang melalui enjin carian.

Apr 10, 2011

Apabila Dunia Bakal Berakhir ; Tidak Mampu Mengubah Ketentuan Tuhan Bukan Bermakna Dapat Mengeksploitasikan Bumi Ini.

11 Mar 2011 telah mencatatkan salah satu kejadian Tsunami terbesar di Jepun dengan kelajuan kira-kira 800km/jam. Kesan susulan daripada gempa bumi berskala 8.9 Ritcher itu telah mengakibatkan korban kira-kira berjumlah 10, 000 orang dan angka tersebut dijangka akan meningkat.



Feb 5, 2011

11, 000 Pelajar Malaysia di Mesir akan Pulang

Menurut Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri kebanyakan rakyat Malaysia akan meninggalkan negara Mesir yang sedang bergolak ketika ini mulai Isnin ini. Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang zalim bakal berdepan dengan kebangkitan rakyat sepertimana yang telah terjadi kepada kerajaan Tunisia. Bagi pemimpin-pemimpin , kejadian di negara tersebut wajar dijadikan iktibar kerana sekuat manapun suara-suara rakyat disekat akhirnya kerajaan akan runtuh juga walhal Allah s.w.t Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang dizalimi. Firman Allah s.w.t berkenaan kepimpinan dalam surah ali Imran,

Berita Buruk bagi Penggemar Coklat

Coklat sememangnya manis di dalam mulut tetapi kesannya jika mulut tidak dijaga dengan elok ianya akan merosakkan gigi. Penguraian karbohidrat kepada sukrosa, fruktosa dan glukosa merupakan bahan aktif kepada bakteria yang terdapat di dalam mulut.

Bagi penggemar coklat, hal ini tidak akan menjadi masalah jika mereka dengan serta-merta memberus gigi selepas menikmati kelazatan coklat. Tetapi tahukah anda bahawa dunia bakal menghadapi kekurangan coklat dalam beberapa tahun lagi?


Jan 26, 2011

Masa Berlalu. Ke Mana Arah Tuju?

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskini post di blog. Niat yang ada terpaksa dibatalkan kerana adanya prioriti yang perlu diutamakan. Post untuk tahun baru juga tidak ada. Kesempatan yang ada digunakan untuk memperkemaskan wajah blog. Malangnya, post terbaru juga tidak muncul-muncul sehinggalah ke hari ini.

Dalam kesibukan yang menghambat, kita mula menghargai masa. Ketika tiada perkara yang benar-benar memerlukan komitmen dengan serta-merta, kita mengatakan "It's free time". Mungkin ada yang benar-benar mampu mengurus masa dengan baik tetapi anak-anak remaja selalunya terleka dan hanyut dibuai dengan cubaan 'Pengurusan Masa'.


 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..