Jun 6, 2011

Anda, Negara & Masa Depan

Menyelak akhbar Sinar Harian setiap pagi pasti tidak ketinggalan bagi saya yang bercuti semester agak panjang pada tahun ini. Agaknya inilah kesempatan untuk bercuti agak panjang memandangkan seluruh IPTA akan diseragamkan; Memulakan semester biasa pengajian pada bulan September pada tahun ini bagi pengajian peringkat ijazah & ke atas. Seperti biasa, sarapan bersama surat khabar menjadi hobi saya di pagi hari. Kalau pun surat khabar belum dibeli, kertas surat khabar bungkusan nasi lemak pun boleh menjadi teman ketika enak menjamah sarapan pagi.

Sedap mengunyah sambil menghadap helaian akhbar, terlintas di hati, "Sudah lama kiranya tidak mengemaskini blog". Enam hari saja lagi genaplah sebulan blog tidak dikemaskini dengan entri terbaru. Bermakna dekat sebulanlah saya  bercuti sambil bekerja sambilan.

Hari-hari yang dilalui amat menarik sekali jika anda tenggelam dalam lautan ilmu namun ketukan azan ke gegendang telinga mengingatkan akan kewajipan terhadap Pencipta. Terkadang terasa saja tidak mahu mengemaskini blog. Akan tetapi mutiara yang dikutip perlu dikongsi bersama supaya kita menjadi insan yang tahu bersyukur.

Di dada-dada akhbar kini hangat membicarakan isu harga barang, petrol, negara berkebajikan & yang paling menjadi perhatian lucu saya ialah isu himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada Julai ini. Apa tidaknya, KJ dengan pendiriannya, presiden Perkasa juga turut serta & pengerusi  Himpunan Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga kekal dengan demonstrasi amannya. Pemuda UMNO berpendirian lain, pentadbiran atasan UMNO pula berlainan.

Saling bercanggahan antara satu sama lain manakala penyelesainnya tidak ada. Kalaulah ada musuh di luar negara sudah tentu waktu ini juga diserang. Belum senyap isu, lihatlah pula serangan pegodam 'Anonymus'.
Jika diteliti tuntutan Bersih 2.0 ada logiknya. Bagaimana kiranya wakil SPRM duduk semeja dengan pengerusi Bersih 2.0 beserta wakil UMNO membahas hujah masing-masing. Di situ terlihat kematangan politik tanah air.

Muktamar Pas baru-baru ini yang mengumumkan slogan negara berkebajikan pula seharusnya disambut dengan nada yang positif.
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..