Dec 28, 2012

Tiada Entri Sehingga Pertengahan Januari 2013..

Maaf, ya. Disebabkan saya sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester maka blog ini akan sunyi tanpa entri..

Dec 1, 2012

Gula, Bukan Sekadar Manis?


Seringkali kita mendengar orang mengatakan gula tidak baik untuk kesihatan. Maka kerajaan menyarankan supaya kita mengurangkan pengambilan gula.Harga gula pula dinaikkan. Mereka bercakap itu & ini tentang gula. Gula menyebabkan diabetis, gula menyebabkan kencing manis & gula juga penyebab risiko penyakit jantung. 



Nov 23, 2012

Titisan Fenomena

Langit tampak cerah. Terukir senyuman di bibir. Apatah lagi pelangi mula melakar di dada langit. Hujan renyai - renyai tadi berhenti menitis sudah. Hati mula diarak ceria.

Namun begitu, siapa sangka tiba-tiba saja fenommena alam mampu berubah wajah. Awan berwarna biru lembut cerah tadi bertukar warna. Sang langit lazuardi mula suram. Angin lintang bertiup kencang sehebat seratus tujuh puluh lima kilometer per jam mengorak langkah. Segala halangan ditebasnya kendatipun binaan konkrit yang nampak utuh pada pandangan mata, namun hakikatnya Tuhan saja yang lebih berkuasa.

Gambar hiasan. Sumber: http://edition.cnn.com/

Nov 13, 2012

Sekeping Hati Seorang Hamba

* Baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan pertengahan semester, blog ni agak lama juga tidak saya     kemaskini. InsyAllah setiap entri baru akan dimuat turun setiap hari Jumaat mulai minggu hadapan. Banyak entri bermain-main di dalam kepala sebenarnya tetapi apa boleh buat kerana bahan-bahan research untuk assignment project saya sangat sukar ditemui. Banyak masa diperlukan untuk itu.
* Jadi hanya boleh letak bingkisan sajak dalam peti simpanan saya saja untuk menghiasi blog ini untuk sementara waktu.

Oct 24, 2012

Tika itu (1)


Kiranya ketepuan otak ini sudah sampai di tahap maksima.Menghadap buku dari pagi sehingga sekarang dan jam sudah hampir mencecah jam 10 malam.Diselangi dengan solat, makan dan ke tandas yang sebentar merasakan dunia ini seakan sudah berhenti berputar. Separation Process, Genetic Engineering, Mechanics dan macam-macam lagi seakan mengantikan putaran bumi maka....

Sep 25, 2012

Warna-warni PRK 2012 di UIAM


Isu-isu kontrovesi pada tahun ini lebih menghangatkan suasana Pilihan Raya Kampus di UIAM 2012. Bermula dengan pembatalan tempat asal K-Fiqh & pelantikan ‘deputy rector’ yang baru, Dato Mizan, UIAM bertiup kencang dengan ada pihak yang menyatakan tangan-tangan ghaib yang cuba mengawal UIAM. Isu-isu yang berlaku pada sesi pengajian 2011/2012 juga telah mula mengisyaratkan sesuatu sedang berlaku di UIAM. Saya mula menilai seorang pemimpin UIAM apabila dia gagal mengotakan pertemuan kedua selepas sesi pertama bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa UIAM. Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin mahasiswa boleh memahami & sudi memaafkan kesilapan beliau tersebut. Namun, sebagai seorang pemimpin, setiap tindakan anda akan dinilai dan diperhatikan oleh individu-individu di bawah anda. Mereka mungkin tertanya-tanya, “Apakah yang telah berlaku sebenarnya?”

        Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.

Tidak cukup dengan itu, ragam-ragam calon-calon SRC IIUM pada tahun ini tampak lebih pro dan kontra berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika saya baru menapakkan kaki di UIAM. Di kuliyyah kejuruteraan saja yang sebelum ini calon-calon menang tanpa bertanding telah berubah angin pada tahun ini.

        Kelihatan gerak kerja meraih undi lebih meriah pada tahun ini dengan pengedaran poster berwarna di mahallah-mahallah. Pelbagai gaya calon-calon di poster bagi memancing undi. Ada pula kedengaran pemberian “goodies” di kaunter atau di mahallah-mahallah. Adakah sudah terbiasa dengan sogokan yang biasa dibuat dalam PRU negara?

Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.


Aug 31, 2012

Refleksi Kemerdekaan



55 tahun kemerdekaan, janji ditepati. Benarkah? Apa pun slogan tema kemerdekaan, pada tahun ini
slogan kemerdekaan kali ini agak pelik & tidak kena. Berdasarkan senarai slogan tema kemerdekaan pada
tahun-tahun yang lepas, kita sendiri boleh membuat kesimpulan bahawa selalunya slogan tema kemerdekaan
biasanya melambangkan dasar kerajaan & nilai rakyat Malaysia yang harus diterapkan.Namun, tema slogan pada tahun ini dilihat menampakkan motif politik sebuah parti. Apakah majoriti masyarakat malaysia, 'Melayu Mudah Lupa' yang dilabel oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini jarang menepati janji?

May 12, 2012

Cerpen: Lorong Itu (Siri 1 )


Dia bukan insan luar biasa.Kelahirannya di dunia bersalut duka.Penuh kesyahduan. Digagahi juga langkahnya.Biar sekalian makhluk menjadi saksi penderitaan yang dialaminya.Biar dia sendiri yang menilainya. Bergerak dia dalam gaya berbeza.Mengengsot,merangkak,berjalan, dan akhirnya berlari.Mencari dia pengertian yang sekian kalinya dicari oleh insan seperti dirinya.Persoalan yang jawapannya entah ada entah tidak.


Jan 9, 2012

Berkorban Sedikit Apalah Salahnya…



      Menyelusuri tapak-tapak kaki lima kehidupan. Menjenguk jendela-jendela dunia. Sesekali iman kita diuji. Itupun baru menjenguk jendela dunia. Maka sudah tentu ramai yang terperosok di sebalik pintu dunia. Ketika tombol dipulas dan pintu dikuak. Keindahan dunia mencapahi. Diri manusia tiba-tiba menjadi sirna. Tarikan keindahannya umpama magnet. Manusia kemudiannya tenggelam-timbul. Saat tiba masanya malaikat Izrail menculik roh. Ada ketikanya rahmat Tuhan mendahului, mendatangi. Ujian silih - berganti. Tika itu baru ada yang menyebut, “Ya, Rabbi. Ya, Rabbi. Ya, Rabbi.” Cinta-Nya meresapi. Kepada siapa? Kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada kalangannya pelacur, pencuri, perompak atau penzina. Pendek kata, Si Hamba Tuhan yang tadinya menguak pintu dunia. 

Jan 6, 2012

2012:1433


Hari berganti hari, bulan demi bulan berlalu, musim pun mengundur diri. Namun, musim yang dimaksudkan bukanlah hanya musim bunga, panas ataupun sejuk. Musim itu boleh jua relatif terhadap individu. Musim senang atau susah, musim cuti atau peperiksaan. Musim kejatuhan atau musim kejayaan.

 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..