Jan 9, 2012

Berkorban Sedikit Apalah Salahnya…



      Menyelusuri tapak-tapak kaki lima kehidupan. Menjenguk jendela-jendela dunia. Sesekali iman kita diuji. Itupun baru menjenguk jendela dunia. Maka sudah tentu ramai yang terperosok di sebalik pintu dunia. Ketika tombol dipulas dan pintu dikuak. Keindahan dunia mencapahi. Diri manusia tiba-tiba menjadi sirna. Tarikan keindahannya umpama magnet. Manusia kemudiannya tenggelam-timbul. Saat tiba masanya malaikat Izrail menculik roh. Ada ketikanya rahmat Tuhan mendahului, mendatangi. Ujian silih - berganti. Tika itu baru ada yang menyebut, “Ya, Rabbi. Ya, Rabbi. Ya, Rabbi.” Cinta-Nya meresapi. Kepada siapa? Kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada kalangannya pelacur, pencuri, perompak atau penzina. Pendek kata, Si Hamba Tuhan yang tadinya menguak pintu dunia. 

Jan 6, 2012

2012:1433


Hari berganti hari, bulan demi bulan berlalu, musim pun mengundur diri. Namun, musim yang dimaksudkan bukanlah hanya musim bunga, panas ataupun sejuk. Musim itu boleh jua relatif terhadap individu. Musim senang atau susah, musim cuti atau peperiksaan. Musim kejatuhan atau musim kejayaan.

 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..