Sep 25, 2012

Warna-warni PRK 2012 di UIAM


Isu-isu kontrovesi pada tahun ini lebih menghangatkan suasana Pilihan Raya Kampus di UIAM 2012. Bermula dengan pembatalan tempat asal K-Fiqh & pelantikan ‘deputy rector’ yang baru, Dato Mizan, UIAM bertiup kencang dengan ada pihak yang menyatakan tangan-tangan ghaib yang cuba mengawal UIAM. Isu-isu yang berlaku pada sesi pengajian 2011/2012 juga telah mula mengisyaratkan sesuatu sedang berlaku di UIAM. Saya mula menilai seorang pemimpin UIAM apabila dia gagal mengotakan pertemuan kedua selepas sesi pertama bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa UIAM. Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin mahasiswa boleh memahami & sudi memaafkan kesilapan beliau tersebut. Namun, sebagai seorang pemimpin, setiap tindakan anda akan dinilai dan diperhatikan oleh individu-individu di bawah anda. Mereka mungkin tertanya-tanya, “Apakah yang telah berlaku sebenarnya?”

        Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.

Tidak cukup dengan itu, ragam-ragam calon-calon SRC IIUM pada tahun ini tampak lebih pro dan kontra berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika saya baru menapakkan kaki di UIAM. Di kuliyyah kejuruteraan saja yang sebelum ini calon-calon menang tanpa bertanding telah berubah angin pada tahun ini.

        Kelihatan gerak kerja meraih undi lebih meriah pada tahun ini dengan pengedaran poster berwarna di mahallah-mahallah. Pelbagai gaya calon-calon di poster bagi memancing undi. Ada pula kedengaran pemberian “goodies” di kaunter atau di mahallah-mahallah. Adakah sudah terbiasa dengan sogokan yang biasa dibuat dalam PRU negara?

Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.


 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..