Sep 25, 2012

Warna-warni PRK 2012 di UIAM


Isu-isu kontrovesi pada tahun ini lebih menghangatkan suasana Pilihan Raya Kampus di UIAM 2012. Bermula dengan pembatalan tempat asal K-Fiqh & pelantikan ‘deputy rector’ yang baru, Dato Mizan, UIAM bertiup kencang dengan ada pihak yang menyatakan tangan-tangan ghaib yang cuba mengawal UIAM. Isu-isu yang berlaku pada sesi pengajian 2011/2012 juga telah mula mengisyaratkan sesuatu sedang berlaku di UIAM. Saya mula menilai seorang pemimpin UIAM apabila dia gagal mengotakan pertemuan kedua selepas sesi pertama bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa UIAM. Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin mahasiswa boleh memahami & sudi memaafkan kesilapan beliau tersebut. Namun, sebagai seorang pemimpin, setiap tindakan anda akan dinilai dan diperhatikan oleh individu-individu di bawah anda. Mereka mungkin tertanya-tanya, “Apakah yang telah berlaku sebenarnya?”

        Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.

Tidak cukup dengan itu, ragam-ragam calon-calon SRC IIUM pada tahun ini tampak lebih pro dan kontra berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika saya baru menapakkan kaki di UIAM. Di kuliyyah kejuruteraan saja yang sebelum ini calon-calon menang tanpa bertanding telah berubah angin pada tahun ini.

        Kelihatan gerak kerja meraih undi lebih meriah pada tahun ini dengan pengedaran poster berwarna di mahallah-mahallah. Pelbagai gaya calon-calon di poster bagi memancing undi. Ada pula kedengaran pemberian “goodies” di kaunter atau di mahallah-mahallah. Adakah sudah terbiasa dengan sogokan yang biasa dibuat dalam PRU negara?

Ada pula yang mengatakan ahli-ahli politik meletakkan PRK 2012 ini sebagai salah satu kayu ukur bagi pilihan anak-anak muda dalam PRU negara yang belum ditentukan tarikhnya.




       Biarpun kelainan itu perlu bagi melihat perubahan kematangan politik, namun terdapat juga gaya poster seorang calon yang agak tidak kena pada tahun ini. Memang saya tidak menafikan ramai rakan bualan yang menyatakan keunikan poster tersebut. Tetapi keunikan itu tidak akan dapat lari daripada kewajaran mengambil kira perspektif agama dan skop kepimpinan itu sendiri. Setiap mahasiswa sendiri boleh membuat kesimpulan awal secara rasional, “Jika sebelum dipilih dia telah membuat sesuatu keputusan seperti itu, di mana mentalitinya sebagai seorang pemimpin dalam membuat keputusan pada masa akan datang?

         Tidak lupa pula laman ‘facebook’ yang cuba meletakkan ramalan keputusan PRK yang pengundian akan berlaku pada keesokan harinya. Mungkin satu strategi untuk mengalih pengundi-pegundi yang belum menetapkan calon pilihan. Bagi saya, apapun keputusan PRK esok, percubaan untuk menutup mulut para intelek selamanya dalam memenuhi tanggungjawab mereka sebagai golongan professional adalah agak mustahil melainkan hanya akan meranapkan sesebuah negara. Umpama cecair yang sedang mengalir, dalam sebatang paip pada suhu yang tetap tetapi apabila tekanannya tidak dikawal lalu jatuh melebihi paras tekanan gas akan menyebabkan terjadinya satu letupan.

Sama-samalah kita turun mengundi...

Terjemahan hadis riwayat Muslim:

“ Pemimpin kamu yang terbaik ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka dn mereka mendoakan kamu, dan pemimpin kamu yang paling jahat ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknati merka dan mereka melaknati kamu”



Senarai Calon SRC bagi PRK 2012


KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

1.Faid Heiri
2.Hafizah Hisma
3.Irma Bt Pammusu
4.Azwan Shazwan

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:

1.Muhammad Hamidi
2.Siti 'Aishah Jauhara
3.Muhammad Zubair
4.Nuroll Aiman

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

1.Aisyah Al-Humairah
2.Muhammad Kamil
3.Mohamed Zaid
4.Muhammad Farhan Mirza
5.Muhammad Wafiy

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:

1.Islah Nasreen Hasim
2.Izzat Afif
3.Noor Ashikin
4.Nuramirah Shahrin
5.Mohd Hudzaifah Shubli

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

1.Muhammad Luqman
2.Siti Fatimah Azzahra
3.Arif Mohd Azlan
4.Mohd Nazarul Shazwan

KULIYYAH OF ENGINEERING:

1.Hafis Firdaus
2.Anas Mazli
3.Mohammad Imran
4.Mohd Syamsul

INSTITUTE OF EDUCATION:

1.Siti Solehah
2.Nurul Jannah
3.Nas Idayu
4.Amirah Husna



Senarai Keputusan Calon SRC yang Lepas



AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULIYYAH OF ENGINEERING:

Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:

Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:

Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE &HUMAN SCIENCES:

Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

No comments:

 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..