Nov 23, 2012

Titisan Fenomena

Langit tampak cerah. Terukir senyuman di bibir. Apatah lagi pelangi mula melakar di dada langit. Hujan renyai - renyai tadi berhenti menitis sudah. Hati mula diarak ceria.

Namun begitu, siapa sangka tiba-tiba saja fenommena alam mampu berubah wajah. Awan berwarna biru lembut cerah tadi bertukar warna. Sang langit lazuardi mula suram. Angin lintang bertiup kencang sehebat seratus tujuh puluh lima kilometer per jam mengorak langkah. Segala halangan ditebasnya kendatipun binaan konkrit yang nampak utuh pada pandangan mata, namun hakikatnya Tuhan saja yang lebih berkuasa.

Gambar hiasan. Sumber: http://edition.cnn.com/

Nov 13, 2012

Sekeping Hati Seorang Hamba

* Baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan pertengahan semester, blog ni agak lama juga tidak saya     kemaskini. InsyAllah setiap entri baru akan dimuat turun setiap hari Jumaat mulai minggu hadapan. Banyak entri bermain-main di dalam kepala sebenarnya tetapi apa boleh buat kerana bahan-bahan research untuk assignment project saya sangat sukar ditemui. Banyak masa diperlukan untuk itu.
* Jadi hanya boleh letak bingkisan sajak dalam peti simpanan saya saja untuk menghiasi blog ini untuk sementara waktu.
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..