Dec 11, 2013

Musafir Istikharah di Bumi UIAM:Kubermula dengan Istikharah

Menjejakkan kaki ke Centre for Foundation Studies (CFS), IIUM, Petaling Jaya sebenarnya tidak pernah terlintas dalam fikiranku sejak mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) pada suatu ketika dahulu. Namun, perkhabaran tawaran CFS mula mencecah telinga apabila ibuku menelefon memberitahu. Satu keputusan perlu dibuat dengan segera. Situasi pada ketika itu agak tergesa-gesa di mana aku hanya diberikan tempoh kurang daripada seminggu. Angin keraguan & kebimbangan mula menyusup ke dalam diri.

Jun 25, 2013

Bahagiakah Anda dengan Cinta?

Entri saya sebelum ini (Menyingkap Tabir Dunia Penulisan) sebenarnya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sementara menunggu proses meneliti kembali bahan-bahan rujukan untuk dipadatkan menjadi satu wadah informasi susulan, saya teringin berkongsi mutiara-mutiara hikmah bersama pelawat-pelawat blog.

Jun 9, 2013

Menyingkap Tabir Dunia Penulisan


Setelah sekian lama saya menyepi daripada dunia penulisan blog, hari ini jari-jari saya ligat semula menari-nari di atas papan kekunci. Seketika saya berhempas-pulas mengharungi ombak psikologi dunia, akhirnya, alhamdulillah, kini saya mula membiasakan diri dengannya. Biarpun sisa-sisa trauma pukulan lambungan ombak dunia masih terasa, saya akur, sudah menjadi lumrah lautan duniawi akan tetap bergelombang; sekejap kuat & sekejap pula perlahan. Andai kita terasa penat mengharungi dunia, percayalah, betapa Dia sentiasa di sisi tetapi kita telah menjauhi-Nya. Lantaran disebabkan dunia serta seisinya dirasakan sangat indah & berharga, kita terasa rugi jika kehilangannya. Lalu, hati kecil pula berbisik,

Apr 13, 2013

Politik: Antara Persepsi & Sikap


Jiwa berkocak, hati menjadi kacau-bilau sesekali. Ketenangan manusia kadangkala dirobek kerana kehidupan manusia kerapkali berubah laku. Hakikat kehidupan ini sebenarnya sukar difahami sehinggakan ahli-ahli falsafah pada zaman dahulu seperti ketika tamadun Yunani mengeluarkan pelbagai falsafah untuk memahami kehidupan ini. Namun, Allah s.w.t Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang tidak membiarkan hamba-hamba-Nya tersesat begitu saja. Rasul &; nabi diutuskannya malah dalam selang-selang masa tertentu Allah menurunkan kalam-Nya yang mulia yang kemudiannya ditulis oleh manusia ke dalam bentuk kitab-kitab.
 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..