Dec 12, 2014

Biar Hidup Bermakna, Biar Pengalaman Memberi Rasa...

Umur kita semakin meningkat. Waktu yang kita ada juga semakin singkat. Kerana apa? Kerana kita akan bertemu dengan satu masa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam Lauh Mahfuzh, iaitu masa kematian.

Hati saya mula terdetik untuk mengaktifkan semula blog yang telah lama ditinggalkan selepas lamunan yang agak panjang; Memikirkan diri sendiri dan umat Islam yang mudah tenggelam. Tenggelam dalam tanggungjawab berselang-seli bercampuran dengan nikmat dunia yang tidak panjang. Kemudian ia melahirkan simpati, simpati yang melahirkan prihatin terhadap keadaan umat khususnya golongan anak muda-mudi Islam, yang kian hilang identiiti diri sebagai seorang Mukmin.

Sep 27, 2014

-Catatan Pengembaraan:Cinta Mendaki ke Langit-



Menghimpun satu rasa,
Dalam selang masa yang sama berlatarkan tiga saksi yang berbeza,
Ketika pertemuan itu menyapa, "Sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan ulat."
Dan labuhan kilauan langit yang sama menaungi kegelapan itu.

Sep 20, 2014

-Catatan Pengembaraan:Cinta Mendaki ke Langit-


Meniti hari-hari,
Terkadang mengengsot terkadang berlari,
Ratiban zikir termangu dalam panahan mata hati,
Pada pandangan terlampir kisah lapisan si bertujuh,
Terkuak pula cerita mereka seakan-akan permata yakut & marjan;Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?




Apr 28, 2014

Makluman


Untuk beberapa minggu ini, kemungkinan blog ini tidak akan dikemaskini dengan entri baru disebabkan saya akan menghadapi minggu-minggu peperikssaan.


Apr 19, 2014

Dakwah Pun Ada Hukum Yang Berbeza Mengikut Situasi?

 Ketika saya menulis entri ini, saya sebenarnya mula kehilangan idea untuk memilih topik yang agak menarik untuk dipaparkan di blog ini. Terpaksa ke Pusat Khidmat Pelanggan Celcom sebanyak dua kali dan menelefon wakil perkhidmatan Celcom sebanyak kira-kira tiga hingga ke empat kali untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan internet agak membuang masa saya. Itu belum lagi dikira dengan perhubungan melalui talian langsung internet.

Apr 12, 2014

Cinta Mendaki Ke Langit: Cabaran atau Ujian?

Dari kejauhan, kelihatan seorang pemuda yang sedang gigih mengusung sesuatu di kaki lima bangunan. Walaupun dia agak lelah ketika ini, amanah itu perlu diselesaikan. Menuju ke bangunan utama akademi pengajian Islam dari dewan kuliah sebentar tadi dengan membawa muatan sebegitu memang terasa membebankan; Tinggi muatan tersebut saja sudah hampir menutupi rongga toraksnya.

Mar 3, 2014

Makluman

Disebabkan saya sedang menghadapi masalah internet, perkhidmatan internet saya telah dipotong secara tiba-tiba tanpa sebab yang rasional, tiada entri di blog saya ini pada 14 &sehingga 3 April 2014. Mohon kemaafan kerana tidak dapat mengadakan entri pada hari tersebut. Terima kasih.

Feb 14, 2014

Kuceritakan Kisah Beliau dalam Sebuah Coretan: Siri 4

Ketika berusia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila beliau mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi beliau dikecewakan.

Semasa usia beliau mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.



Gambar hiasan.


Kuceritakan Kisah Beliau dalam Sebuah Coretan siri 3

Saya terus menyimpan tanggapan negatif ini terhadap Al-Quran sehingga satu hari saya menemui satu himpunan kertas terjemahan Quran yang murah oleh Muhammad Marmaduke Pickthall di sebuah kedai buku. Apabila saya membuka helaian tersebut, ia memberikan satu pencerahan. Penggunaan ayat yang berkesan sangat menyentuh hati saya iaitu dalam perenggan pertama kata pengantar:


Al-Qur'an

Feb 6, 2014

Kuceritakan Kisah Beliau dalam Sebuah Coretan : Siri 2

Gambar hiasan. 

“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian”.


Kuceritakan Kisah Beliau dalam Sebuah Coretan : Siri 1

Sewaktu saya masih di bangku sekolah menengah, beliau merupakan antara tokoh idola & inspirasi saya; Beliau adalah cerminan jejak-jejak semangat dakwah yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w dengan kecekalan & kesungguhan yang ditunjukkan. Perkenalan saya dengan beliau tidaklah bersua muka melainkan hanya melalui sebuah buku beliau iaitu ‘Islam Mencabar’; Buku milik abang saya. Takdir Allah s.w.t telah menemukan buku tersebut dengan abang saya & secara tidak langsung buku yang berada di susunan rak buku rumah saya ketika itu telah dicapai oleh saya.

Jan 29, 2014

Musafir Istikharah di Bumi UIAM:Ujian Bermula

Prolog

Kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan di luar bangunan asramaku ini. Ya, malam ini aku keseorangan di bilik. Teman sebilikku telah pulang bercuti sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Teman bilik bersebelahan pula entah ke mana menghilang. 


 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..