Jan 29, 2014

Musafir Istikharah di Bumi UIAM:Ujian Bermula

Prolog

Kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan di luar bangunan asramaku ini. Ya, malam ini aku keseorangan di bilik. Teman sebilikku telah pulang bercuti sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Teman bilik bersebelahan pula entah ke mana menghilang. 



Perancanganku pada mulanya, selepas solat Isyak sahaja aku mahu terus melelapkan mata tetapi mengenangkan beberapa perkara yang masih belum selesai menyebabkan mata aku ini menjadi cergas semula. Ya, mengenangkan blogku ini yang sekian lama tidak terusik mengingatkan aku jadual pengurusanku yang masih belum siap sepenuhnya. Mengenangkan blogku ini menyebabkan fikiranku tertumpu pula pada helaian-helaian coretan cerpen & novel yang belum dapat disiapkan. Dan fikiranku pula akan melayang-layang terus ke jadual hafazan yang belum aku tampalkan. Ini, ini, itu & itu lagi tersusun menunggu dalam ‘To Do List’ diriku. ‘Stop’ !!!

Sejurus itu, fikiranku mula melayang-layang ke memori-memori lama. Bagiku, sebahagian daripada memori-memoriku ini perlu diceritakan kerana ia mungkin bakal menjadi pendorong & semangat bagi orang lain untuk berubah menjadi muslim yang lebih baik daripada hari semalam.




UIAM, Gombak

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus utama Gombak, diriku terpegun pada panorama warna temanya yang sama. Bangunan yang tersergam indah kesemuanya kebiruan-biruan pada atapnya. Namun, hatiku yang tenang sebenarnya agak terusik. Hal ini disebabkan aku sangat takutkan perubahan. Kerana bagiku, perubahan selalunya bakal meragut ketenangan hidupku.

Pada semester pertama, cabaran jadual kelas yang padat begitu menekan pelajar-pelajar. Apatah lagi apabila terdapat subjek yang tidak aku minati. Lukisan kejuruteraan terpaksa aku tangguhkan ke semester yang lain. Aku tidak menyangka lukisan kejuruteraan diwajibkan kepada semua pelajar kejuruteraan biarpun perancanganku hanya ingin mengambil jurusan kejuruteraan bioteknologi. Sedangkan kawanku yang mengambil kejuruteraan mekanikal di universiti lain terus boleh belajar subjek berkaitan AUTOCAD tanpa perlu mempelajari lukisan kejuruteraan.

Biarpun jadual kelas terasa begitu padat, masa dirasakan sangat pantas berlalu. Kuliah-kuliah subjek diajar dalam kadar yang sangat cepat. Kuliah pembelajaran yang 2 jam itu mampu menghabiskan 1 bab buku rujukan kejuruteraan yang tebal-tebal belaka.Kelas-kelas pengajian pula akan berakhir pada pukul 6 atau 7 petang.Inilah cabaran pertama aku ketika di semester satu. Keputusan peperiksaanku pada semester satu amat mengecewakan. Aku terpaksa mengulang dua subjek iaitu subjek mekanikal & subjek elektrikal pada semester kedua. 


Namun begitu, aku gagahkan jua untuk teruskan perjuangan diriku. Apa yang menyebabkan aku terus bertahan di bidang kejuruteraan adalah semangat juang ibnu Sina & semangat juang Imam Al-Ghazali dalam menuntut ilmu. Secara kebetulan pula, aku ditugaskan untuk membuat ‘research’ untuk satu subjek ‘Islam,Knowlwdge & Civilization berkenaan riwayat hidup ibnu Sina. Aku cuba menerapkan semangat juang menuntu ilmu kerana Allah & Rasul itu ke dalam hidupku.


Keharmonian semangat menuntut ilmu di UIAM melalui majlis-majlis ilmu yang bertaburan di segenap pelusuk kawasannya hampir setiap hari di perkarangan bangunan kuliah sangat mendamaikan hatiku. Biarpun jalan-jalan perjuanganku menuntut ilmu kejuruteraan di sini sangat melelahkan tetapi jalan-jalan menuntut ilmu mendekati Allah itu sangat mengubati perasaan keletihan ini.Tahun pertama merupakan bulan-bulan aku mengenali ragam manusia di sekelilingku khususnya mahasiswa UIAM. Aku mengikuti beberapa halaqah-halaqah usrah. Aku mendapati sebahagian budaya yang kurang elok dijadikan sandaran & amalan masyarakat organisasi Islam di UIAM. Konsep dakwah Hasan al-Banna di kedai-kedai kopi tidak dihayati sepenunhya padahal kebijaksanaan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w pada sengenap peringkat masyarakat juga tidak berjaya diterapkan. 


Maka, aku melihat golongan baik hanya bergaul dengan golongan yang baik & golongan kurang baik terus dihukum bahawa merekalah yang akan menjadi tidak baik buat selamanya. Aku pernah mendengar seorang rakanku berkata lebih kurang sebegini bunyinya, 



“Geng-geng tudung labuh hanya berkawan sesama mereka & geng-geng kopiah pun tidak bergaul rapat dengan orang-orang biasa seperti kita ni”.

Tahun pertama aku cuba membina persepsi diri, aku cuba menghimpunkan seberapa banyak pengamatan yang boleh kerana bagiku pemerhatian merupakan satu sumber ilmu yang sangat menarik jika dianalisa daripada pelbagai sudut pandangan ilmu yang lain. 

2 comments:

faaizz d. zul said...

rajin update.
ehem

MAZA AMFOTERIK said...

skng ni dh kena da jadual nk update blog..mndapat ilham kekuatan drpd orang yg telah mati syahid...entri baru dh da,tnggu auto post iaitu selingan drpd musafir istikharah di bumi UIAM..

 

About Me

My photo
Saya merupakan seorang penulis blog bebas & pernah belajar jurusan Kejuruteraan Bioteknologi & Biomas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM/IIUM) yang amat berminat dengan transformasi ilmu atau pertukaran idea bagi menambahkan pengetahuan.Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berhubung atas dasar ilmu dan kepentingan umat Islam sejagat..